web analytics

26 January 2012

KDN Sana Sini

Lawatan Persiapan MDN Bersama Menteri KBS Ke Pusat Latihan Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah

Menteri Dalam Negeri YB  Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein  melakukan lawatan bersama Menteri Belia dan Sukan  YB Dato’ Seri Shabery Cheek  ke Pusat Latihan Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara Kuala Lumpur.Pusat Latihan tersebut adalah di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan itu adalah julung kali dibangunkan pada tahun 2011 dengan kos 6.56 juta  oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri(KDN).  Lagi…

25 January 2012

Kenyataan Media/Akhbar

KENYATAAN MEDIA Y.Bhg. Tan Sri KSU Kementerian Dalam Negeri – Tarikh Akhir Pemutihan 15 Februari 2012

1.          Kerajaan hari ini menetapkan 15 Februari 2012 sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program 6P yang sebelum ini diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari 2012 lalu.
2.         Sehubungan itu, majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin (PATI) masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera kerana tiada lanjutan tambahan akan dibuat bagi proses tersebut.

3.         Bagaimanapun, kepada majikan yang telah mengemukakan permohonan dan telah beroleh tarikh temujanji bagi proses temuduga, prosedur akan diteruskan sehingga April 2012.
4.         Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin bahawa tempoh yang ditetapkan ini mencukupi dan dengan itu, menggesa pihak majikan supaya mengambil kesempatan ini untuk menguruskan permohonan mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir.

25 January 2012

KDN Sana Sini

Pertandingan Menembak Berpasukan Antara Bahagian, Kementerian Dalam Negeri

YBhg. Dato’ Wahab Mohd Yassin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merasmikan Pertandingan Menembak Berpasukan Antara Bahagian, KDN yang telah diadakan di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah,Cheras pada 21 Januari 2012 yang lepas.  Lagi…

24 January 2012

Kenyataan Media/Akhbar

KENYATAAN MEDIA Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri – 21 Januari 2012

MESYUARAT MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BILANGAN 1/2012

 21 Januari 2012

Mesyuarat pertama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran bagi tahun 2012 telah diadakan di Pulai Spring Resort Johor dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Semua ahli Majlis telah mengambil maklum akan perkara-perkara seperti berikut:-

1.  Statistik kes-kes penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang dari tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti berikut:-

a)  Jumlah kes sebanyak 416

b) Jumlah tangkapan sebanyak 591

2.  Statistik kes-kes pendakwaan dari tahun 2008 sehingga 2011 di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 adalah seperti berikut:

a)  Kes yang telah dituduh sebanyak 383

b)  Kes sedang diperingkat bicara sebanyak 243

c)  Kes selesai sebanyak 59

d)  Sabitan sebanyak 60

3.  Statistik mangsa yang telah diselamatkan dan mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) sehingga 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:

a)  Lelaki: 261

b)  Wanita: 545

c)  Kanak-Kanak: 118

4.  Statistik kes-kes penguatkuasaan bagi penyeludupan migran dari 15 November 2010 sehingga Disember 2011 adalah seperti berikut:

a)  Jumlah kes sebanyak 22

b)  Jumlah tangkapan sebanyak 32

c)  Jumlah migran yang diseludup 427

Antara keputusan penting Mesyuarat adalah untuk menjemput pihak Jabatan Audit Negara bagi melaksanakan pengauditan ke atas aktiviti MAPO dan NGO dalam usaha membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menandatangani persefahaman bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan serta rakan-rakan strategik antarabangsa bagi meneruskan komitmen memerangi jenayah ini.

Majlis Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) yang merupakan salah satu NGO di bawah MAPO telah mengadakan seminar pemerdagangan orang di Kukup, Pontian. Kawasan tersebut dipilih kerana ia merupakan laluan keluar masuk bot-bot kecil yang membawa penumpang dari Malaysia ke Tanjung Balai di Indonesia. Selain seminar ahli-ahli MAPO juga telah dibawa meninjau di sekitar kawasan tersebut di samping mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi penguatkuasa tempatan dan juga Pejabat Daerah Pontian.

Program seumpama ini membuktikan kerjasama erat antara agensi kerajaan, kerajaan negeri, NGO dan masyarakat setempat dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

#####

23 January 2012

KDN Sana Sini

Lawatan Kerja KSU Ke Gunung Pulai Waterworks Dan Pontian Waterworks Ulu Choh

Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam telah melakukan Lawatan Kerja Ke Gunung Pulai Waterworks dan Pontian Waterworks Ulu Choh yang merupakan antara kawasan sasaran penting dalam kawasan keselamatan pada 21 Januari 2012. Lagi…

23 January 2012

KDN Sana Sini

Lawatan Tapak KSU Ke Kawasan Pembinaan

Y.Bhg Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU) telah melakukan Lawatan Tapak Ke Kawasan Pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara dan Pembinaan Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 21 Januari 2012. Lagi…

20 January 2012

KDN Sana Sini

MAPO di Johor

Mesyuarat Majlis Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran,Kementerian Dalam Negeri telah membuka tirainya di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor pada 20 Januari 2012 dipengerusikan oleh Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Dato’ Abdul Rahim B. Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha(Keselamatan). Lagi…