Unit Antarabangsa KDN
Editor iKDN | June 23, 09 3:51pm
“Isu Pemerdagangan Orang akan ditangani secara lebih jelas dengan pembentukan satu bahagian baru di KDN”, kata YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tambah beliau lagi bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pemantauan (BPPP) akan menjalin kerjasama antarabangsa dengan duta-duta Malaysia yang berada di luar Negara.
“Unit Antarabangsa yang berada di bawah BPPP akan menjadi medium penanda aras di peringkat antarabangsa”, katanya.
Dato’ Seri Hishammuddin berkata demikian di Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Luar Negeri Ke-7 dan Mesyuarat Konsul-Konsul Kehormat-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

|