Setuju ISA Dengan Semakan
Editor iKDN | 9 Ogos 09 1.11am


Dahulu, saya BENCI ISA….

Setelah saya lihat senario dan keadaan demonstrasi di mana-mana.. saya sedar ISA amat perlu dan perlu dibaiki dan mantap/releven.. Selagi UMNO adalah tunjung BN… ISA ibarat keris taming sari di mana hanya orang melayu sahaja boleh memegangnya. Untuk menjaga keamanan dan menyelamatkan dari keadaan yang lebih keruh dan kusut, taming sari (ISA) inilah dapat menyelamatkannya.

Sebagai makluman, saya memang dilahirkan UMNO, merdeka oleh UMNO, dan segalanya UMNO yang membentukkan siasah dan pendidikan. TETAPI, bila UMNO tidak sedar bila duri halus di kelompok bawah (AJK kampung) dan kelompok atas (AJK Atas ) tidak bertanggungjawab dan lupa siapa diri mereka sendiri… cakap tolong melayu tetapi tindas untuk lepaskan diri kerana duit dan pangkat. Berbeza pemimpin sebelum Era Tun Mahathir, semua jujur dan dedikasi untuk rakyat dan Negara.

Kerana itu, saya berpendapat ramai golongan muda, yang kurang ilmu siasah ini… memikirkan PEMBANGKANG sebagai betul dan benar. Jati diri kami masih UMNO.. tetapi pembangkang pandai mainkan peranan, seolah-olah menyokong ketidak-puasan kami.

Kesimpulan ringkas. ISA amat perlu dan keperluan mesti dikaji dan diubah supaya lebih releven kerana takut disalah guna oleh orang yang memang keris taming sari (ISA) itu. Jangan mansuh tetapi diimejkan sebagai yang terkini. Saya percaya, rakyat akan puas hati dan menyokong penuh.

Undian ISA setuju atau tidak setuju tidak penting.. yang penting keselamatan rakyat dan Negara. Adakah mereka sanggup berjudikan/taruhkan keamanan Negara? Hanya orang bodoh sahaja yang fikirkan ianya patut dimansuhkan.

Pengirim,

KluangMan.det

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami