Warga Asing Bermaharajalela di Kawasan Serdang
Editor iKDN | 9 Ogos 09 1.25am
Assalamu'laikum Dato', semoga Allah merahmati dato' hendaknya,
Saya antara penduduk setempat yang dikelilingi ramai warga asing iaitu di sekitar Taman Seri Serdang. Saya dapati pihak polis di sini kurang berkemampuan untuk mengawal keadaan di sini. Sekitar awal tahun 2000, warga asing terutama dari Indonesia hanya tinggal di flat-flat dan mereka akan berjalan kaki saja atau menaiki bas untuk ke tempat kerja tetapi sejak akhir2 ini, kami dapati semakin ramai antara mereka yang telah memiliki motorsikal dan kadang2 bila mereka mengadakan majlis untuk warga mereka, sekitar 100~200 orang akan berkumpul. Penduduk di sini agak gusar dgn keadaan ini kerana khuatir mereka tidak dipantau pihak berkuasa tempatan. Semakin ramai warga Indonesia yang mula menyewa rumah2 yang berada disekitar rumah kami dan mereka tinggal begitu ramai sekali bercampur lelaki dan wanita. Kami juga tidak pasti sama ada mereka telah berkahwin (sah atau tidak ?) atau belum.
Pihak polis amat jarang melakukan road-block utk mengenalpasti sama ada pengguna2 motorsikal mempunyai lesen atau sebaliknya. Bagaimana warga asing begitu mudah memiliki motorsikal, adakah mereka mengambil lesen melalui saluran sepatutnya? Desas-desus mengatakan warga asing boleh begitu bebas di sini kerana telah membayar wang kepada pihak tertentu dengan bayaran tertentu dan amat malang sekali apabila pihak yang syaki itu adalah pihak polis sendiri serta pihak kerajaan tempatan. Di harap pihak Dato' dapat menyiasat perkara ini sekiranya benar.
Dato', kami sebagai penduduk tempatan amat berharap pihak dato' dapat berbuat sesuatu untuk mengawal pengaliran masuk warga asing yang dilihat semakin tidak terkawal. Kami juga dapati ada antara mereka yang datang atas tiket pelancong dan bebas di sini mencari makan. Untuk bersama-sama pihak Dato' menjaga keamanan, terdapat beberapa cadangan untuk mengawal keadaan ini dari berterusan seperti berikut:
1. Semua warga asing yg menyewa sendiri rumah, perlu berdaftar dengan pihak imigresen dan perlu dimaklumkan juga pada wakil penduduk.
2. Polis perlu kerap mengadakan road-block untuk memastikan masyarakat mengikut dan menghormati undang-undang
3. Semua warga asing tidak dibenarkan memiliki motorsikal atau kereta
4. Semua warga asing tidak dibenarkan membuat apa-apa majlis yang menghimpunkan warganya di sekitar perumahan kecuali di dewan-dewan masyarakat dan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak polis dan wakil penduduk.
5. Semua warga asing yang tiada pekerjaan perlu dihantar pulang seberapa segera ke negara asal
6. Pihak imigresen perlu lebih kerap 'turun padang' untuk mengesan mereka yang masuk secara haram
7. Pihak Dato' perlu mengenal pasti 'orang dalam' yang terlibat menerima bayaran tertentu dari warga asing untuk 'bebas' di sini.
8. Sekiranya boleh, kami amat berharap supaya warga asing tidak tinggal bersama dgn penduduk setempat di mana mereka mestilah tinggal di kawasan yang dikhaskan kepada mereka untuk memudahkan pemantauan. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, amat mudah untuk penduduk setempat memaklumkan kepada pihak kerajaan sekiranya didapati ada warga asing yang tidak mengikut undang-undang.
Semoga Dato' dapat jadikan kawasan berdekatan Putrajaya seperti kawasan kami di Serdang, Bangi dan Kajang sebagai kawasan kajian terpilih untuk dijadikan kawasan yang selamat, aman dan tenteram. Sekiranya pihak yang diberi kuasa seperti Polis, Imigresen, Kerajaan Tempatan, dan sebagainya benar-benar bebas rasuah, kami yakin negara kita akan berada dalam keadaan makmur dan aman damai.
Sekian, wassalam.
--
Mohd Firdaus Mohd Farid |