Rela Akhiri Tugas Kawal Depot Imigresen
Editor iKDN | 20 Ogos 09 11:56am

SEPANG – Depot Transit KLIA disini adalah depot terakhir yang dilawati dalam siri perjumpaan Ketua Pengarah RELA dengan anggota-anggota RELA yang bertugas di semua depot tahanan sementara Imigresen di seluruh negara sebelum bertugas mengawal keselamatan diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Imigresen mulai 1 Ogos lalu.RELA ditugaskan menjaga keselamatan di depot transit ini sejak Julai 2007 adalah depot pertama yang melibatkan RELA dalam penugasan baru itu.

Pembabitan anggota-anggota dari daerah Sepang dan Kuala Langat secara bergilir-gilir mengawal di depot ini memberi ilham kepada kerajaan untuk menugaskan RELA mengawal keselamatan di semua depot tahanan apabila pengurusan depot-depot diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada Jabatan Imgiresen oleh Jabatan Penjara mulai 15 Januari 2008 lalu.

Menurut Pengarah Pembangunan Pasukan RELA, Kamaruddin Mohd. Rapiq ketika berucap mewakili Ketua Pengarah RELA berkata, sumbangan anggota-anggota RELA amat dihargai walaupun pengambilalihan ini terpaksa dilakukan atas arahan kerajaan.

Katanya, anggota-anggota RELA tidak kecewa dengan penamatan tugas ini dan berharap agar mereka terus bersama pasukan RELA dalam aktiviti-aktiviti lain.

- team berita ikdn

 

 

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami