Hargai Penghormatan Kerajaan
Editor iKDN | 20 Ogos 09 12:12pm

BANGI – Anggota-anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diingatkan agar menghargai penghormatan dan kepercayaan kerajaan serta rakyat kepada mereka untuk membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan di negara ini.

Pembabitan anggota-anggota RELA dan JPAM yang membantu Polis di sebanyak 157 kawasan panas di empat negeri sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggap sebagai satu pengiktirafan di atas komitmen serta kewibawaan anggota-anggota kedua-dua pasukan sukarela ini.

Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni berkata, tidak ada sebab yang kukuh seseorang anggota yang terlibat dalam program khas ini menarik diri melainkan atas sebab-sebab peribadi atau tidak mendapat kebenaran dari majikan masing-masing.

Beliau berkata demikian di sesi penerangan dan dialog bersama-sama peserta yang terpilih mengikuti kursus asas kepolisan di Pusat Latihan JPAM (ALPA) di sini selama dua minggu mulai akhir Julai lalu.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Haji Abd. Halim Hamid dan pegawai-pegawai dari Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, anggota-anggota RELA dan JPAM diingatkan agar mengikuti kursus ini dengan jayanya kerana ia membantu mereka dalam seluk belok penugasan yang akan dilaksanakan pertengahan Ogos nanti.

Katanya, aspek elaun kursus, elaun penugasan serta keperluan-keperluan lain akan diuruskan oleh kedua-dua Jabatan terlibat.

Mereka juga diingatkan agar menjaga nama baik pasukan masing-masing dan sentiasa mempamerkan imej baik pasukan polis kerana semua petugas akan memakai pakaian seragam pihak penguat kuasa ini.

Kejayaan atau kegagalan program khas ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen serta kerjasama semua pihak tanpa mengira jabatan yang diwakili mereka.
”Semangat kerjasama dan penuh tanggungjawab sentiasa dituntut supaya setiap tugas yang dilakukan akan memberikan impak yang baik,”.

RELA dan JPAM akan menyediakan lebih ramai anggota masing-masing sebagai persediaan untuk pengambilan seterusnya bagi memenuhi keperluan memantau kesemua kawasan panas yang dikenal pasti itu.

 

- team berita ikdn

 

 

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami