ISA Eksklusif Di TEMUBUAL Editor iKDN | 23 Ogos 09 12:37pm
Portal berita ikdn baru-baru ini telah melancarkan lima soalan berkait ISA. Hasil dari kutipan undi itu telah mendorong team berita ikdn untuk menemubual seorang tokoh akademik terkenal, Prof Madya Dr. Muhammad Agus b. Yusoff. Beliau yang berani bercakap tanpa berselindung dipilih agar temubual ini tidak dilihat berpihak dan atau memberi kepentingan tertentu. Ia dibuat atas dasar untuk manafaat ilmu dan maklumat rakyat Malaysia. Prof Madya Dr Agus adalah nama mesra beliau adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antara point penting temubual berkenaan ialah beliau tidak bersetuju ISA dimansuhkan sungguhpun beliau mengakui ada beberpa perkara dalam ISA yang dilihat longgar dan wajar diubah. Dr. Agus mengakui ISA adalah isu yang sensitif dan cepat mengundang perdebatan namun masyarakat yang berdebat seharusnya mempunyai cukup pengetahuan mengenainya.
Lapisan ISA ini ada banyak tetapi yang diketahui oleh orang ramai selalunya adalah lapisan pertama. Dan mereka sudah pun berfikir seperti mereka sudah mengetahui segalanya tentang ISA. Pandangan itu salah kerana ISA adalah isu yang tidak wajar diulas berdasarkan pengetahuan yang cetek apatah lagi dengan emosi.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.