Peluang Kedua Pelatih PUSPEN
Editor iKDN | 26 Ogos 09 1:00am
Satu memorandum perjanjian antara AADK dan Syarikat Uniutama Sdn. Bhd. (UPSB) telah diadakan pada 25 Ogos 2009 bertempat di ibu pejabat AADK. Memorandum berkaitan dunia landskap dan pengurusan tapak semaian ini adalah untuk menyediakan pelatih PUSPEN menghadapi dunia nyata selepas tempoh dua (2) tahun latihan.
“Dalam usaha AADK memastikan bekas penagih menimba ilmu yang berguna semasa tempoh latihan, peranan pihak swasta juga penting bagi memberi peluang kedua kepada mereka untuk kembali kepada masyarakat.” kata Ketua Pengarah AADK, Y. Bhg. Dato’ Abd Bakir bin Hj. Zin.

Agensi AntiDadah Kebangsaan dan Uniutama Property Sdn. Bhd.
Pemetraian memorandum seumpama bukanlah yang pertama kali diadakan oleh pihak AADK. Sebelum ini, AADK telah menandatangani perjanjian bersama GIATMARA dan 15 buah syarikat swasta bagi memastikan pelatih PUSPEN diberi latihan berkenaan industri perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
Kerjasama antara AADK dan UPSB ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan berkenaan pengurusan landskap kepada pelatih terpilih di PUSPEN Kg. Selamat dalam pengurusan tapak semaian selain daripada memberi pendapatan tambahan kepada kedua – dua belah pihak.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Abd Bakir bin Hj. Zin, Ketua Pengarah AADK manakala UPSB diwakili oleh Y. Bhg. Datuk Maznah bt. Abd. Hamid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UPSB.
--team berita ikdn.
|