Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52, Malaysia Editor iKDN | 30 Ogos 09 10.55pm
Seluruh negara meriah menyambut 31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaysia.
Tibanya 31 Ogos maka genaplah 52 tahun Malaysia merdeka. Inilah antara hari yang tidak wajar dilepaskan oleh setiap warganegera Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri tidak mahu ketinggalan. Perancangan asal untuk turut sama dalam perhimpunan peringkat kebangsaan nampaknya tidak kesampaian. Ancaman virus influenza A H1N1 telah membuatkan segala perancangan awal itu terpaksa dibatalkan. Berikut disiarkan shot-shot menarik sekitar perarakan Hari Kebangsaan yang telah dilakasanakan oleh KDN pada Khamis 27 Ogos yang lalu. Ia lima hari lebih awal dari tarikh 31 Ogos. Nyata semangat merdeka semakin bersemarak di KDN.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.