Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 1 September 2009
Editor iKDN | 2 September 09 10:23am

Serahan Memorandum Oleh Perkasa

  • Cadangan yang disampaikan oleh PERKASA adalah untuk memastikan 'check and balance'. Untuk memastikan kestabilan dan keamanan negara akan kekal. Jika kita dapat imbangkan maka ia akan memberi manafaat yang besar.
  • Saya terharu kerana PERKASA sanggup datang untuk berdepan memberi cadangan-cadangan realistik tanpa polimik, tanpa melibatkan orang ramai. Maka cadangan yang benar ialah cadangan yang tidak mencari populariti atau berkepentingan politik.
  • KDN dengan hati yang terbuka bersedia menerima cara sebegini malah saya menggesa agar orang lain juga mengikuti cara ini. Ia adalah permulaan yang baik.
  • Cadangan pindaan kepada beberapa akta yang lain juga boleh dilaksanakan dengan cara ini

Pindaan ISA

  • Ya...ia akan di bawa ke sidang parlimen tidak lama lagi untuk bacaan pertama dan dibahaskan.
  • This threat (ancaman keselamatan dan keamanan negara) is real.
  • Kita dah pun ada kerangka yang telah pun kita bincangkan bersama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Datuk Nazri Aziz baru-baru ini dalam Perjumpaan 3 Menteri seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini.
  • Dalam pindaan ini kita mengambil kira pandangan pihak lain seperti Bar Council, Amnesty International...apa yang penting perbincangan kita dibuat secara rasioanal untuk rakyat Malaysia.

Jenayah Jalanan

  • Baru dua hari lepas saya telah bentangkan pada Jemaah Menteri selepas kit aumumkan NKRA untuk mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan menjelang penghujung tahun ini.
  • Tindakan yang diambil setakat ini ialah kita (KDN) telah membuka bilik-bilik operasi di peringkat negeri dan juga PDRM. Bahkan RELA dan JPAM juga telah digerakkan ke arah itu, 56 kawasan panas dikenalpasti di empat negeri yang telah dikenal pasti. Begitu juga dengan jalinan kerja yang erat di antara DBKL dan PBT yang lain.
  • Tugas keselamatan tidak boleh diserah kepada Polis semata-mata.
  • Berkait dengan latihan yang diberi kepada RELA dan JPAM sebagai Polis Bantuan, masih terlalu awal untuk kita lihat keberkesanannya. Beri kita masa bahkan kita juga sedang mengkaji semula modul-modul latihan.

Bantahan Penduduk Seksyen 23

  • Ada yang menghasut kaum India berkait bantahan penduduk Seksyen 23, Shah Alam.
  • Hal-hal yan gmenyentuh kaum dan agama boleh sekelip mata memberi kesan.
  • KDN perlu tegas agar ia tidak melarat menjadi perkara lain yang memudaratkan.
  • 52 laporan polis telah dibuat setakat ini dan Polis akan mengambil tindakan yang bijaksana.

Laporan Polis ke Atas Ketua Polis

  • Biasalah bila mereka berniat agar Ketua Polis tidak disambung kontrak. Mereka akan cakap macam-macam. Tambah lagi Ketua Polis selama ini seroang yagn tegas dalam tugas beliau.
  • Kalau Ketua Polis tak buat kerja mereka lagi seronok.
  • Taktik ini sudah biasa. Laporan Polis yang dibuat bertujuan untuk menghantui pucuk pimpinan kerana orang ramai tentu akan mempersoalkan tindakan Kerajaan jika melantik orang yang berhadapan dengan laporan polis.
  • Telah saya katakan sebelum ini tiada siapa yang kebal undang-undang hatta diri saya sendiri mahupun Ketua Polis Negara. Mereka boleh buat laporan polis dan kita akan siasat.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami