Perhimpunan Warga KDN
Editor iKDN | 8 September 09 9:07pm
“Ucapan Menteri Dalam Negeri sebentar tadi seiring dengan globalisasi yang kini diketahui ramai, Malaysia mula dikenali di mata dunia, dan apa yang pihak penjara harapkan ialah lebih pencegahan artikel yang berunsur negatif….serta larangan yang akan ditingkatkan menjurus kepada pencegahan penggunaan dadah, tembakau serta telefon bimbit ke dalam penjara….” Kata Hashim Bin Ismail, 22 tahun, seorang pegawai penjara yang bertugas di Kajang yang hadir di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri.
Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberikan ucapan pada perhimpunan KDN dan beliau menekankan secara menyeluruh terutamanya 1KDN serta isu-isu lain seoerti KPI, kerjasama bersepadu di antara PDRM, JPAM dan RELA dalam menurunkan 20% terutama jenayah jalanan , Penggubalan Akta ISA, dan Pensijilan ISO.

ketika Perhimpunan Bulanan KDN
Team Berita ikdn mendapatkan seorang anggota Imigresen yang manis orangnya. Puan Nor Sheriza Abdul Razak, 31 tahun mengulas kembali ucapan menteri, “KPI sangat penting….di mana ia boleh dijadikan batu asas untuk semua jabatan dan bahagian di KDN agar segala urusan terutama kepuasan pelanggan dapat dititik beratkan. Harapan saya, semoga Imigresen dapat memperluaskan lagi perlaksanaan skop kerja……di seluruh negara dimana pada masa ini…..hanya 4 negeri yang bertanggungjawab ke atas 6 skop baru dan pada bulan Oktober 2009 ia dapat digunapakai di setiap negeri.” Terpapar senyum dibalik kata-kata yang bersemangat dari Puan Nor Sheriza.
Pada perhimpunan kali ini, PDRM dan Jabatan Imigresen telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008 yang disampaikan Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selesai ucapan perhimpunan. PDRM dan Jabatan Imigresen telah menambah beberapa skop kerja dan perlaksanaan pengurusan yang leih baik.
“Ia memperluaskan lagi tugas-tugas PDRM yang sedia ada......dan ucapan menteri tadi meletakkan objektif di landasan yang tepat selari dengan matlamat PDRM. Seperti yang diucapkan sebentar tadi….perkara-perkara seperti…..1 Malaysia, KPI….ia bukan sahaja misi nasional atau kementerian tetapi perlaksaan juga harus di serap ke jabatan-jabatan…..PDRM telah membuktikan sesuatu dalam membuktikan kita bersungguh-sungguh ingin memerangi kadar jenayah terutama jenayah jalanan…..di mana penurunan kadar jenayah telah menurun, ini berikutan kerjasama Pasukan Gerakan Am. Harapan yang saya ingin lihat adalah melihat segala matlamat KDN tercapai mengikut ‘time frame’ yang telah diberikan.” Kata seorang pegawai polis, DSP Razali Ibrahim bertugas di Bukit Aman, 49 tahun.
1KDN merupakan satu gagasan yang digariskan oleh Menteri Dalam Negeri untuk Warga KDN dalam mencapai KPI/ KRA yang telah disyorkan. Sebagai team berita ikdn, ucapan Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi sesuatu yang berbeza dalam meniup api semangat bekerja di bawah satu paying KDN.

Walaupun hanya himpunan bulanan dan bukan konsert tetapi warga KDN tetap hadir bagi mendengar ucapan dari Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pagi 8 September 2009. Himpunan yang dihadiri oleh semua kakitangan serta agensi dibawah naungan KDN itu dimulakan dengan bacaan doa bagi menyerikan lagi pagi yang bersejarah.
Y.Bhg Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memberi ucapan dan beliau memberi penekanan kepada beberapa perkara seperti pensijilan ISO,1KDN,KRA/KPI, pengumuman baju korporat baru dan mengenai kerjasama yang erat diantara PDRM,RELA serta JPAM bagi mencapai sasaran penurunan sebanyak 20% kadar jenayah terutamanya jenayah jalanan. Beliau bersama Timbalan Menterinya, Y.B Tuan Jelaing anak Mersat dan Y.B Datuk Wira Abu Seman sempat berseloroh dengan menganggap diri masing-masing model baju korporat yang baru.

Warga KDN
Team berita iKDN cuba mendapatkan beberapa respons wakil-wakil dari agensi yang hadir mengenai ucapan Y.Bhg Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. “Saya berbangga kerana Jabatan Imigresen Malaysia telah diberi sijil MS ISO 9001:200, ini bagus kerana bila ada aduan dari masyarakat tindakan segera akan diambil berdasarkan saluran-saluran dan garis panduan tertentu” kata salah seorang pegawai Imigresen Puan Roznain bt. Abdullah, 40 dari Jabatan Imigresen Malaysia.
Selain itu, wakil dari Jabatan Penjara Malaysia En. Muzlienor bin. Daud 33, berharap agar dapat mengikut jejak PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia. “Pensijilan MS ISO 900:200 ini memberi garis panduan dan tata kerja dan ianya akan membuatkan proses kerja bertambah lancar”, kata En.Muzlienor. Disamping itu, beliau juga berharap agar semua agensi dapat dapat memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas masing-masing.
“1KDN yang disebut Menteri tadi sangat dalam maksudnya, saya sangat bersetuju dengan ucapan menteri kita bahawa selagi berada dibawah payung KDN, prestasi dan kekuatan kita akan dinilai sebagai satu pasukan, itulah 1KDN”, kata En.Rosli bin Johan 39, dari pasukan RELA.
Tidak akan ada gunung yang terlalu tinggi, lurah yang terlalu dalam, onak yang terlalu berduri, jika kita punya semangat kebersamaan yang total. Kita mesti berfikir sebagai satu saf, bertindak sebagai satu pasukan, bersungguh sebagai 1KDN dalam memastikan segala perancangan kita dapat direalisasikan. Ucapan Y.Bhg Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai mengakhiri ucapan perhimpunan bulanan diiringi dengan tepukan gemuruh.
--team berita ikdn
|