Di Takbir Ini...
Editor iKDN | 16 September 09 2:38am

Takbir Raya Aidil Fitri tahun ini pasti berbeza sekali kepada 200 orang banduan Penjara Kajang yang telah siap sedia menanti dari awal pagi lagi kehadiran seorang tetamu kehormat.

Tetamu kehormat itu ialah Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kehadiran ini pasti berlainan sekali dari kehadiran biasa yang pernah dibuat oleh Menteri Dalam Negeri sebelum ini. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Timbalannya Datuk Wira Abu Seman b. Yusop hadir untuk menyertai takbir raya banduan penjara yang diterbitkan oleh JAKIM.

Banduan bertakbir raya adalah aktiviti wajib pada pagi raya. Namun takbir raya banduan yang dirakamkan untuk siaran adalah yang pertama kali diadakan. Kehadiran Menteri dalam Negeri untuk sama bertakbir raya juga pertama kali diadakan.

Akhirnya tamu yang ditunggu tiba sudah. Semua mengambil tempat. Para banduan duduk dalam barisan yang telah ditetapkan. Krew rakaman juga telah bersedia dengan peralatan audio visual mereka. kehadiran tetamu kehormat segak dalam baju Melayu mencuri perhatian. Dato' Seri Hisham dan rombongan duduk mengadap barian para banduan. Turut kelihatan ialah Komisiner Penjara Dato Zulkifli Omar, Dato Firdaus Abdullah dan pegawai-pegawai tinggi penjara yang lain.

Allahuakhbar! Allahuakbar! Allahuakhbar!

Takbir raya pun bermula. Penuh syahdu dan perasaan. Alunannya meresap hingga ke tulang hitam. Selain bacaan surah-surah Al Quran, takbir raya ini adalah nyanyian jiwa yang terindah dalam hidup manusia. Bisa meruntum setiap jiwa. Tiba-tiba...

Menteri Dalam Negeri menundukkan muka. Sedang takbir raya masih terus beralun. Wajah Menteri bertukar merah dan sayu. Dalam diam-diam Dato' Seri Hisham sebak. Sebaknya berlanjutan. Sentuhan emosi itu disaksikan oleh semua yang hadir. Lebih-lebih lagi para banduan yang duduk berhadapan dengan barisan tetamu kehormat itu.

"Saya sebak mengenangkan nasib penghuni penjara ini. Di kala orang lain bebas menikmati kemeriahan hari raya, para banduan ini terkurung di sini. saya cuba memahami perasaan mereka. Berada di penjara ini dan menyambut hari raya di sini. Seharusnya memberi keinsafan kepada mereka, tanpa kehadiran ahli keluarga...ia sesuatu yang menyedihkan."

"Nasihat saya agar para banduan ini bersabar menjalani hukuman dan paling penting mereka menginsafi segala perbuatan mereka. Jika mereka dibebaskan nanti hendaknya mereka tidak lagi terpengaruh dengan anasir-anasir jahat."

Menteri ini juga manusia biasa rupanya.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami