Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 1/2009
Editor iKDN | 1 Oktober 09 9:56pm

Seramai 208 orang Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia yang terdiri 140 orang lelaki dan 68 orang wanita telah tamat latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Sesi 1 / 2009 yang terdiri daripada enam platun. Berikut ialah temubual antara mereka yang diiktiraf terbaik.


IP Nornita Bt. Abd. Rahman

“Saya merupakan ibu kepada dua orang anak, suami saya seorang ahli perniagaan, pengalaman sepanjang kursus ini sangat bermakna dan berguna dalam kerja yang akan dilakukan, saya juga bersyukur dapat menamatkan latihan ini dengan jayanya” kata IP Nornita Bt. Abd. Rahman Penerima Anugerah Terbaik Akademik.


TPP Sirajuddin b. Abdul Majid

“Setelah sembilan bulan menjalani latihan, kini saya bertugas sebagai Timbalan Penguasa Penjara, saya bersyukur dapat menempuhi latihan walaupun telah diuji dengan pelbagai cabaran mental dan fizikal. Pengorbanan isteri dan semangat dari keluarga serta kawan-kawan membuatkan semangat saya kental untuk menghabiskan laithan ini.” luahan TPP Sirajuddin b. Abdul Majid, Penerima Anugerah Terbaik Kepimpinan.


TPP Azmi bin Mahat

“Akhirnya segala cabaran, penat lelah, tekanan mental dan fizikal yang saya lalui telah membuahkan hasil. Pada saya penghargaan ini terlalu tinggi untuk saya terima dan pengalaman paling manis sekali seumur hidup saya. Anugerah ini adalah langkah kanan bagi saya dan memberi harapan kepada saya dalam meneruskan perjuangan dalam Jabatan Penjara. “ jelas TPP Azmi bin Mahat yang menerima Anugerah Terbaik Keseluruhan.


IP Muhamad Hafiz B. Md Mohidin

Saya amat gembira, bersyukur dan berharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penjadi pegawai penjara yang terbaik. Anugerah ini memberikan saya motivasi dan semangat untuk pergi lebih jauh lagi, “kata IP Muhamad Hafiz B. Md Mohidin yang menerima Anugerah Terbaik Latihan Luar.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami