Team Berita iKDN Hebat!
Editor iKDN | 6 Oktober 09 6:32am
Kononnya sekadar memenuhkan kuota bagi kategori menembak wanita. Kami sekadar mengisi tempat kosong dalam 10 barisan menembak.
Sebenarnya, kami ke LISRAM kerana tugasan liputan. Tapi kemudian lain pula ceritanya. Dua orang ahli team berita iKDN, Cik Nur Farahiyah Mhd Taib dan Cik Nurazlina bt. Abdul Muthalib berjaya mendapat tempat ketiga dan kelima acara pertandingan menembak kategori wanita.
Tidak terlintas di fikiran akan peluang ini. Kesempatan yang diberikan tidak ditolak. Dengan lagak seperti anggota Gerak Khas, masing – masing mencuba nasib. Lensa kamera, pen dan buku catatan ditolak ke tepi. Kini, memegang pistol Walter 99 sebagai ganti. Fokus disasar dan sasaran mengena.

Bagi Cik Nurazlina bt. Abdul Muthalib, jurugambar team berita iKDN, walaupun perkataan shot dan shoot hampir sama, namun ia tetap perkara yang jauh beza. “Kamera yang saya pegang ini jauh lebih berat dari pistol Walter, jadi pengendalian pistol bukanlah masalah. Cuma, apabila mula menembak, darah mengalir lebih laju. Jadi agak shaking. Lebih – lebih lagi bila first time.” Katanya berseloroh.
Selesai pertandingan, delegasi KDN turut diberi peluang untuk mencuba pistol rifle yang digunakan untuk sukan Komenwel. Team berita iKDN turut tidak melepaskan peluang merasakan sendiri pengendalian rifle.

Senjata seberat 6.5 kilogram memerlukan pengendalinya meniarap dengan posisi yang betul dengan penyesuaian kelajuan angin dan sebagainya. Ini kerana, dengan jarak 1000 ela dari sasaran, angin yang kencang mungkin boleh menjejaskan ketepatan sasaran.
Berbeza dengan tugasan sebelumnya, kali ini, team berita iKDN pulang dengan hati yang gembira. Tidak sabar untuk menunjukkan pingat kemenangan kepada rakan yang lain. Begitu banyak cerita ingin dikongsi membuatkan kami teruja untuk kembali bekerja.
-- team berita ikdn.
|