Semak Secara Online Editor iKDN | 7 Oktober 09 10:46am
2,303 pemohon taraf kewarganegaraan di bawah perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan masih diberi peluang kedua oleh Kementerian Dalam Negeri untuk hadir temuduga. Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Datin Jariah Md Said berkata tindakan ini diambil memandangkan surat-surat makluman temuduga kepada pemohon berkenaan telah dipulangkan kepada KDN.
"Menghadiri temuduga adalah salah satu dari syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon. Tetapi surat-surat yang dihantar kepada pemohon berkenaan telah dikembalikan." Katanya.
Menurutnya lagi KDN kali ini tidak akan menghantar surat makluman temuduga sebaliknya pemohon boleh mengakses nama dan tarikh temuduga mereka secara online sama ada di www.moha.gov.my, www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my.
"Pencari cuma perlu memasukkan butiran peribadi mereka pada ruangan yang disediakan dan semuanya akan dipaparkan di skrin komputer," katanya lagi.
Beliau menggesa pemohon agar memaklumkan sebarang pertukaran alamat perhubungan mereka agar memudahkan urusan makluman oleh KDN. Akses tarikh temuduga sudah boleh dilakukan oleh pemohon secara online di laman dan portal berita ikdn seperti yang dinyatakan.
iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.