Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 29 Oktober 2009
Editor iKDN | 30 Oktober 09 1:22am

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
29 OKTOBER 2009

Kajian Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960

  • Kerajaan membuat perbincangan dalam membuat pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan perjumpaan dengan badan-badan yang berkepentingan seperti BNBBC, Majlis Peguam Malaysia, Biro Tatanegara dan National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO), PERKASA dan Majlis Peguam Islam.
  • Di dalam sesi pertemuan itu, tiada satu pun badan-badan yang berkepentingan yang tidak bersetuju dengan ISA sebagai prevention acts menyentuh isu militan dan terorisma.
  • Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 mengambil kira 5 perkara pokok.
  • Perkara pokok yang perlu diambil kira dalam pindaan AKDN ialah:
    1. Layanan terhadap tahanan
    2. Tempoh Tahanan
    3. Kuasa Menteri
    4. Persepsi ISA untuk kepentingan politik
    5. Ditahan tanpa bicara
  • Pihak yang ingin mengemukakan pandangan berhubung pindaan ISA yang terkandung di luar 5 perkara pokok boleh kemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri melalui portal iKDN (www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my).
  • Perbincangan ini mengubah persepsi seolah kerajaan berada di polar yang bertentangan, kita berdiri di bumi yang sama dan bersependapat tentang ketenteraman dan keselamatan negara.
  • Pindaan akan turut mengambil kira right of the humanity dan right of the majority.
  • Perbincangan dijalankan bukanlah kerana ugutan pihak tertentu dan pindaan akta ini tidak akan menggadaikan keselamatan negara. Yang menjadi kebimbangan adalah apa yang menjadi ancaman kepada masa depan negara.
  • Pelbagai cadangan dikemukakan oleh badan-badan yang berkepentingan dan draf pindaan akan disediakan oleh badan-badan ini dengan menjurus kepada bidang kepakaran masing-masing yang akan diletakkan di bawah 5 perkara pokok.
  • Perbincangan adalah berkait pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan bukanlah bertujuan untuk memansuhkan ISA dan menggantikan dengan akta yang baru.
  • Jika perkara yang menjadi perhatian dalam usul pemansuhan ISA terkandung dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 pindaan akta akan dilakukan dan pemansuhan ISA tidak diperlukan.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami