Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 12 Januari 2010
Editor iKDN | 13 Januari 10 3:08am

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
12 JANUARI 2010 

Isu gereja terbakar

  • Saya hendak laporkan disini bahawa maklumat yang diterima bahawa tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku semalam.
  • Pihak kementerian dan PDRM akan terus memantau dan kita sama-sama doakan bahawa keadaan sebegini (aman) akan berterusan.
  • Saya juga ingin menekankan keadaan kestabilan, keharmonian dapat menenangkan keadaan tidak datang bergolek dan melayang.
  • Ia menuntut banyak tindakan rancangan dan perkara-perkara yang dilakukan kadangkala tidak dapat diumumkan pada orang ramai.
  • Ini merupakan satu perkara di Kementerian Dalam Negeri yang kita perlu lebih teliti. Lebih-lebih lagi dalam dunia di mana maklumat disebarkan dan menular dalam sekelip mata.
  • Dalam lanskap baru ini, penting kita memahami maklumat-maklumat yang boleh kita kongsi bersama orang lain.
  • Tetapi pada masa yang sama, proses siasatan dan untuk memastikan bahawa kita jangan melihat pada satu insiden sahaja tetapi melihatnya secara menyeluruh.
  • Kadangkala ia memerlukan kita mengambil masa sedikit dalam tindakan itu.
  • Saya bersetuju dengan Datuk Seri Najib semalam apabila beliau menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia pada masa ini cukup matang.
  • Majoriti rakyat Malaysia tidak mahu melihat kekacauan, polemik tetapi ada segelintir mereka yang nak mempolitikkan isu ini.
  • Apabila isu yang berkaitan dengan kaun dan agama dipolitikkan risikonya besar, kita akan menanganinya dengan cuba turun berinteraksi pihak-pihak yang berkepentingan tetapi kita turun bukan untuk melaga-lagakan, nak menenangkan keadaan.Inilah yang kita lakukan supaya keadaan kita pada hari ini stabil.
  • Saya akan pantau tak kira sesiapa sekiranya kita dapat bukti atau laporan bahawa ada pihak-pihak tertentu termasuk Datuk Seri Anuar Ibrahim sendiri menggunakan isu-isu perkauman ini yang boleh menjejaskan keselamatan tiada bezanya beliau dengan yang lain termasuk diri saya sendiri.
 

Perutusan Tahun Baru 2010 

  • Saya tengok bahawa tujuan dan matlamat kita NKRA 4 ke NKPI, projek sakit di bawah RMK-9, perancangan kita untuk RMK-10, penstrukturan semula KDN untuk menyesuaikan agenda-agenda mungkin ada yang baru, yang perlu kita perkukuhkan, yang tidak releven lagi, usaha kita melihat pada pindaan Akta yang melibatkan tugas-tugas Kementerian Dalam Negeri, itu semua mesti disesuaikan dalam konteks pendekatan kita di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga daripada agensi.
  • Nampaknya, mereka yang ada bersama-sama dengan kita sebagai warga KDN ini cukup bersemangat tahun baru ini.
  • Kita akan pastikan bahawa semua agenda yang diumumkan tadi merupakan hak milik tapi yang lebih penting lagi tanggungjawab dan amanah semua warga KDN.
  • Slogan 1 KDN dan juga semua logo agensi mungkin dapat ketengahkan dalam perhimpunan yang akan datang.
  • Semua sudah bersedia dan siap tetapi masa pada kali ini tidak sesuai  
 

    =tamat=

 

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami