Rampasan 394 Paket Mercun
Editor iKDN | 18 Januari 10 7:41am

Sebuah kereta dari negara jiran telah ditahan di KM1.3 dari arah ICQ Bukit Kayu Hitam oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, Kedah berikutan penemuan 394 paket mercun di dalamnya.

Penahanan kereta jenis pick up yang dibuat pada 12hb. Jan 2010 yang lalu antara jam 11 malam itu diketuai oleh Sarjan Kamrul Bahrin b. Md Aris bersama 10 anggota. Kereta itu dipercayai dari Thailand berdasrkan nombor pendaftaran platnya dipaandu oleh seorang lelaki Melayu warga tempatan. Pasangannya pula seorang wanita warganegara Thailand. Kedua-duanya berumur 25 tahun. Wanita berkenaan membawa sepasang kanak-kanak laki-laki dan perempuan berumur 5 tahun.

41 paket dari 394 paket mercun itu ditemui tersembunyi dalam enjin, 5 paket terselit di bahagian dalam pintu sebelah pemandu, 344 paket di ruang khas di tempat letak barang bahagian belakang dan bahagian lapik kaki sebelah kiri hadapan.

Nilai anggaran barangan yang dirampas ialah RM2000. Kes disiasat di bawah Sek.135 (1)(e) Akta Katam 1967. Jika sabit kesalahan boleh didenda 10 kali ganda dari nilai rampasan atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami