Tahun 2009 telah berlalu. Pencapaian Kementerian Dalam Negeri sepanjang tahun berkenaan tidak mengecewakan. Antara anugerah yang dirangkul ialah;
Jabatan Penjara Malaysia – Sijil MS ISO 2001:2008.
Secara ringkasnya, Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO semenjak tahun 1996 menggunakan versi 9001:2000 melibatkan lapan (8) bahagian di Ibu Pejabat Penjara dan 30 buah institusi di bawah Jabatan Penjara. Pada tahun 2009, pihak Jabatan telah berusaha untuk memperolehi pensijilan MS ISO Versi 900:2008 dan memperluaskan kepada 40 buah institusi di bawah penahanan dan pemulihan banduan, pengurusan penahanan dan pemulihan tahanan pengurusan penahanan dan pemulihan penghuni serta pengurusan latihan anggota terangkum dalam 32 prosedur kualiti melibatkan;
Ibu Pejabat Penjara (19 Bahagian di Ibu Pejabat Penjara).
Ibu Pejabat Penjara Sabah.
Ibu Pejabat Penjara Sarawak.
27 Institusi Penjara.
Tiga (3) Pusat latihan termasuk Akademi Koreksional Malaysia Langkawi.
Empat (4) Pusat Pemulihan Akhlak.
Dua (2) Sekolah Henry Gurney.
Satu (1) Tempat Tahanan Perlindungan (ISA), Kamunting.
Hasil usaha pihak pengurusan atasan dan komitmen semua institusi penjara, pengiktirafan dan pensijilan ini telah diperolehi pada 11 November 2009 melalui SIRIM QAS International dan IQ Net International iaitu sebuah badan pengiktirafan kualiti peringkat antarabangsa.
Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) – Pemenang Anugerah Persekitaran berkualiti 5S peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 untuk kategori Kerajaan Persekutuan.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia - Dalam tempoh dua (2) bulan, dua (2) Sijil Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah diterima. Pada 17 November 2009 sijil dianugerahkan kepada Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Baling, Kedah. Pada 30 Disember 2009 pula, giliran Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dianugerahkan sijil yang sama. Kedua-dua sijil disampaikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Tidak mengecewakan, Kementerian Dalam Negeri sendiri turut dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 11 Disember 2009 oleh Lloyd's Register Quality Assurance Ltd dalam tempoh 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari sahaja.
Penyampaian sijil-sijil ini disempurnakan oleh YB. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2010 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.