Lawatan TMDN ke hot spots
Editor iKDN | 21 Januari 10 7:57am

Kiranya inilah lawatan ke hot spots pertama di luar dari Kuala Lumpur. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman b Yusop selama sehari telah turun bertemu para peniaga dan orang ramai sekitar pasar Chowrasta Pulau Pinang. Beliau menyifatkan tinjauan sendiri ini penting kerana berpeluang untuk mendengar sendiri dari orang ramai apa yang mereka rasa tentang tahap keselamatan di sekitar tempat itu.

"Masa jalan-jalan tadi saya bertemu dan bertanya mereka, mereka kata mereka merasa selamat dan gembira tindakan Polis memberi penekanan di sekitar pasar tadi telah mengurangkan beberapa kejadian jenayah yang tidak diiingini," kata beliau kepada sekumpulan media di sidang media yang diadakan selepas lawatan itu.

"Malah pelancong asing yang ditemui tadi pun, seorang dari Scotland dan seorang lagi dari Switzerland berpandangan yang sama. Mereka rasa selamat dan puji kerana kerajaan Malaysia kerana berjaya mengwujudkan rasa selamat kepada mereka. Mereka tidak mempunyai masalah. Orang tempatan sendiri juga gembira, penarik beca ada, penjual buah ada...semuanya gembira," katanya.

Tambah beliau lagi jelas ini merupakan persepsi semata-mata bahawa kita berhadapan dengan kadar jenayah yang tidak dapat dikawal. Bahkan adalah keterlaluan untuk menuduh bahawa Polis telah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Menurutnya di bawah NKRA yang telah dikenalpasti iaitu mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun ini kerajaan telah melaksanakan tindakan perlu. Antaranya ialah kehadiran OMNI PRESENT yang terdiri dari RELA, JPAM telah memberi kesan positif.

"Rata-rata mengucapkan terima kasih kepada kita, beberapa pendekatan yang diambil telah memberi kesan pada penurunan jenayah.


"Turun padang sebegini bagus kerana dapat berjumpa dan bermesra dengan masyarakat. Ia menambah keyakinan mereka untuk tidak merasa takut dan tidak merasa bimbang. Bahkan Menteri Dalam Negeri kita juga mengambil pendekatan yang sama. Kehadiran kita di tempat awam khususnya pihak polis dilihat menambah tahap keyakinan orang ramai," katanya.

Tambah beliau lagi pandangan orang ramai sering dimanipulasi untuk satu tujuan lain oleh pihak tertentu walhal pengurangan kadar jenayah yang dicatat mulai awal tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas telah menunjukkan hasilnya.

""Keyakinan orang ramai telah meningkat namun kita juga sedar ekspetasi orang ramai lebih dari itu," katanya.

Datuk Wira Abu Seman sebelum itu diberikan taklimat pelaksanaan NKRA Pulau Pinang oleh Timbalan Ketua Polis SAC1 Dato' Tun Hisan Tun Hamzah.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami