Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri dalam Negeri Pada 27 Jan 2010 Editor iKDN | 28 Januari 10 10:20am
PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
27 JANUARI 2010
Inisiatif Tangani Isu Lambakan Warga Asing dan Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM)
Saya bagi pihak Kementerian dan Kerajaan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua belah pihak PPKKM dan juga pihak KDN bersama-sama RELA dan JPAM kerana apa yang mereka tandatangani hari ini iaitu MOU yang berkisar kepada dua isu dan dua agenda yang penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pertama berhubung kait dengan NKRA kita iaitu untuk mengurangkan kadar jenayah, di mana kita nak melibatkan seramai mungkin pihak awam secara sukarela bersama-sama dalam melaksanakan dan menunaikan apa yang telah kita janjikan.
Kedua, satu perkara yang saya umumkan awal tahun ini iaitu untuk menangani dan melihat secara serius isu pendatang asing, pekerja asing, warga asing yang berada di negara kita.
Apa yang ditandatangani ini akan membantu pihak kementerian dalam kedua-dua aspek ini dan saya harap dengan menandatangani MOU menunjukkan betapa seriusnya kita untuk mengatasi kedua-dua perkara tadi.
Jadi saya harap bahawa isu NKRA ini akan dapat melibatkan seramai mungkin pihak berkepentingan/stake holder.
Dalam konteks kita meniti dan melihat kepada isu warga asing yang berada di sini melibatkan beberapa kementerian dan diterajui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Saya harap ini inisiatif pertama telahpun bermula daripada KDN kerana dalam konteks keselamatan itu di bawah tanggungjawab kita di bawah kementerian ini.
Isu yang berkait dengan perladangan, isu perkilangan, isu pembantu rumah semua itu berada di bawah kementerian yang lain yang memerlukan satu keputusan dari segi dasar oleh jawatankuasa kabinet yang wujud sekarang dan saya telahpun mengedar satu kenyataan akhbar secara bertulis dalam konteks apa yang saya sebutkan tadi.
Ini akan kita maklumkan lebih terperinci kemudian dan memerlukan keputusan di peringkat jawatankuasa kabinet tetapi perkara yang berada di bawah bidang kuasa kita (KDN) iaitu syarikat-syarikat keselamatan dalam konteks memastikan bahawa indusri ini betul dapat dipimpin oleh mereka yang berkemampuan, berwibawa, professional melibatkan warga kita sendiri, tak perlu mengharapkan warga asing khususnya daripada Nepal.
Ini kita telah teliti dan berada di bawah tanggungjawab kita.
Kita boleh menghadkan tetapi had yang kita letakkan tidak realistik untuk industri berkenaan, ia tidak akan membantu kita menanganinya daripada isu memantau pendatang yang sah akhirnya yang tak sah memenuhi keperluan industry berkenaan.
Jadi saya dah kaji dan teliti secara dekat tetapi ada bidang-bidang dan sektor lain yang bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang memerlukan kerjasama dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perladangan, itu memerlukan satu fahaman tetapi kita sudah mula inisiatif ini di bawah KDN dalam konteks industri keselamatan dan syarikat-syarikat keselamatan.
Saya ucapkan terima kasih kepada PPKKM kerana tidak mungkin kita dapat melaksanakannya tanpa sokongan dan kemahuan pihak industri sendiri untuk tampil ke hadapan untuk membersihkan keadaan.
Isu kepala babi diletak di dua masjid
Saya memang cukup marah perkara ini berlaku tetapi semua orang tahu dalam hal sebegini rupa saya tidak pernah krompromi dan kita telah buktikan dalam kes gereja di Melawati, kes-kes kebakaran atau cubaan untuk membakar gereja di Perak dan kes membakar dua buah surau di Muar.
Kita telah ambik tindakan. Semua yang terlibat telahpun ditahan dan saya difahamkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah bergantung pada kesesuaian oleh pihak Peguam Negara.
Jadi dalam kes pagi ini yang melibatkan dua buah masjid Tan Sri IGP bertanggungjawab sepenuhnya dan saya sendiri arah supaya beliau sendiri pantau dan turun ke bawah melihat kepada keadaan ini.
Tindakan dan ketegasan kita terhadap mereka yang terlibat sama sahaja seperti apa yang kita lakukan sebelum ini. Kita akan cari, tangkap dan bawa ke muka pengadilan.
Jangan mana-mana pihak yang ingin mabil kesempatan bertenang dan jangan dengar khabar-khabar angin kerana saya tidak menolak kemungkinan mereka yang tidak bertanggungjawab ini melakukan satu perkara yang saya tengok cukup-cukup tidak bertanggungjawab akhirnya kita pula terikut-ikut dengan cara dan hasrat mereka ini.
Malaysian people are peace and loving people.
We are dead serious about this. We will bring them to justice.
Dalam konteks keganasan kita cukup serius.
Jika ia berlaku dalam kawasan panas, kawasan yang boleh menimbulkan kekecohan, saya minta orang ramai menilai sendiri dan beri ruang sedikit untuk kita cari siapa yang terlibat kerana itulah saya syak mungkin mereka yang buat ini mungkin bukan sesuatu yang disengajakan.
Ini ungkin dengan tujuan untuk mengharu-harakan dan menimbulkan emosi kemarahan dan pertembungan antara kaum dan agama.
Kita rakyat Malaysia yang ramai ini saya rasa tidak tergamak terikut dengan mereka yang tidak mulia dan murni ini.
Itu bersandarkan kepada ketegasan pihak berkuasa dan pihak Kementerian Dalam Negeri, ketegasan dan kesungguhan Menteri dan Timbalan Menteri sendiri untuk memastikan dan menyakinkan orang ramai bahawa sebenarnya apa yang berlaku ini dilakukan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab sama ada mereka ada agenda lain. Kita masih siasat perkara ini.
Isu ISA
Hanya 10 orang sahaja yang terlibat dalam Organisasi Pengganas Antarabangsa.
10 orang ini dikehendaki oleh agensi antarabangsa.
Seorang warga tempatan dan 9 orang lagi warga asing.
Saya tidak boleh beritahu di mana mereka di tahan.
Isu Blogger
Dato’ Khoo Pengarah Bahagaian Jenayah Komersial yang menyiasat kes berkaitan ini.
Kerjasama antara Polis antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah mesti dalam siasatan kita.
Seorang ditahan dalam kes menghina Almarhum Sultan Johor.
Tiada sebab untuk mengelak. Kita akan bawa ke tindakan selanjutnya.
Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.