Isu Dagang Orang? Kita Serius - KSU KDN
Editor iKDN | 2 Februari 10 3:45am

"Sebanyak 180 kes telah dibawa ke mahkamah manakala 10 kes telah disabit kesalahan di bawah Akta Pemerdagangan Orang 2007 hingga tarikh 18 Januari 2010. Seramai 1,083 mangsa telah berjaya diselamatkan dari dijual. Angka ini menunjukkan betapa seriusnya jenayah rentas benua," kata Dato' Sri Mahmood b. Adam.

Ketua Setiausaha KDN itu berkata demikian semasa sesi taklimat kepada petugas ICQS Padang Besar, Perlis baru-baru ini. Sesi taklimat ini merupakan antara siri roadshow beliau ke pintu-pintu masuk di seluruh Malaysia. Sebelum ini taklimat yang serupa telah diadakan iaitu di Johor Bharu, Limbang (Sarawak) dan Bukit Kayu Hitam.

"Selain taklimat kepada badan penguatkuasa, kita juga telah memberi latihan kepada pegawai perundangan dan badan kehakiman. Hingga kini, kita telah melatih seramai 3,000 orang pegawai berkenaan isu pemerdagangan orang," katanya.


Antara inisiatif lain yang dilaksanakan oleh KDN ialah mempergiatkan kempen kesedaran awam melalui media cetak dan elektronik. KDN telah mengeluarkan poster anti pemerdagangan sebagai suatu mesej tegas dari Kerajaan di atas ' peperangan' kepada perdagangan manusia.

"Kita tidak boleh menyangkal peranan media berkenaan isu ini. Jadi, tidak lama lagi, anda akan melihat iklan-iklan tentang isu jual orang di media. Bahkan, di akhbar tempatan, kita sudah mula membuat publisiti," katanya.


Sesi taklimat yang dihadiri oleh hampir 100 petugas di pintu masuk ini berakhir pada jam 12 tengah malam.

--team berita ikdn.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami