Kenyataan Media Menteri Dalam Negeri Mengenai Kenyataan Perdana Menteri Australia Kevin Rudd: Komitmen
Editor iKDN | 7 Julai 09 8:42pm

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Kevin Rudd di atas kerjasama dan hubungan erat yang terjalin dalam usaha menangani isu penyeludupan manusia. Beliau memahami perkara ini secara menyeluruh dan mempunyai pengetahuan yang jelas tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia berhubung perkara ini.

Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh beliau sebagai keyakinan Kerajaan Australia terhadap usaha kita dalam memerangi isu ini, selain memberi gambaran tentang komitmen kedua-dua belah pihak bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut pada masa akan datang.

Perkara yang melibatkan pemerdagangan manusia ini sememangnya diberi perhatian utama oleh Kementerian Dalam Negeri memandangkan kedudukan Negara ini yang kerap dijadikan sebagai pusat transit dalam kegiatan berkenaan. Saya sendiri mahu perkara ini diteliti dan dibanteras secara lebih menyeluruh kerana kita tidak boleh membiarkan ia berterusan.

Langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia sehingga berjaya menyekat penyeludupan manusia ke Australia antara lain melibatkan kaedah membanteras penyeludupan secara zoning iaitu melibatkan beberapa lapisan tindakan termasuk di perairan Negara oleh Tentera Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin, sementera di darat digerakkan oleh Jabatan Imigresen, Polis, Rela serta majlis tempatan (local councils). Jabatan Imigresen telah memperketatkan pengeluaran visa kepada rakyat dari Afhganistan, Pakistan, India dan Sri Lanka dan juga sejak tahun lalu, telah menghentikan pengeluaran visa on arrival kepada rakyat dari Negara-negara berkenaan. Tindakan-tindakan tersebut amat membantu usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia. Kawalan di semua pintu masuk dan sempadan Negara juga diperketatkan.

Semua tindakan ini turut melibatkan hubungan dengan Negara-negara lain seperti dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kita memberi penekanan yang amat serius dalam isu ini dan amat komited untuk mencari penyelesaian atas nama kemanusiaan kerana ia adalah aktiviti yang amat tidak berperikemanusian.

Sehubungan itu dalam memastikan usaha ini terus dapat digerakkan secara berkesan, saya mahu setiap agensi yang terlibat mengkaji undang-undang dan peraturan yang berkaitan dalam perkara ini secara lebih mendalam bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dibuat secara lebih berkesan. Isu-isu berkaitan passport dan dokumen keselamatan juga perlu diberi perhatian yang teliti dan perlu dibincangkan lebih lanjut. Saya juga mahu sebuah task force yang melibatkan semua agensi dan jabatan ditubuhkan memandangkan taktik dalam kegiatan penyeludupan ini sering berubah-ubah.

Selain langkah-langkah berkenaan, hubungan dua hala yang lebih kemas dan tersusun antara pihak berkuasa Negara-negara yang terlibat perlu dilaksanakan. Setiap agensi dan jabatan perlu bersedia dengan langkah proaktif dan perlu bersedia untuk berkongsi maklumat dengan Negara-negara yang terlibat.

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami,

iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami