Petikan Penting Sidang Akhbar Menteri Dalam Negeri Pada 18 Februari 2010
Editor iKDN | 19 Februari 10 12:13am

PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR MENTERI DALAM NEGERI  
DATO' SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN  
18 FEBRUARI 2010
 

LAWATAN KERJA KE PROJEK KOMPLEKS PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA

  • Lawatan saya hari ini ialah untuk memantau projek-projek di bawah KDN, Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang akan disegera sekiranya ada masa sebelum Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dibentangkan.
  • Memastikan projek-projek yang belum selesai, diselesaikan.
  • Berbincang dengan pihak Jabatan Penjara yang melihat kepada kekurangan supaya bila kita buat RMK10 nanti, keperluan pihak Penjara akan diambil kira.
  • Saya sendiri akan turun ke bawah untuk memantau dan menjalinkan hubungan dan satu talian kerja bersama-sama dengan Kerajaan Negeri.
  • Saya agak terharu dan berterima kasih sangat kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang sanggup turun bersama-sama dengan kita.
  • Saya dimaklumkan oleh pihak kontraktor bahawa penjara dapat disiapkan mengikut jadual.
  • Banyak berkisar tentang kerjasama dan sokongan dari Kerajaan Negeri.
  • Jadi Kompleks Penjara Sungai Udang ini dah hampir siap walaupun kompleks ini dianggar berjumlah RM 305 juta dan seluas 120 hektar.
  • Sekiranya dapat kerjasama yang rapat dari KDN, Kerajaan Negeri dan pihak kontraktor, saya rasa tidak ada sebab untuk kita tidak selesaikan secepat mungkin.
  • Dari aspek pembangunan dan kemajuan, Jabatan Penjara dan projek-projek sakit dibawah RMK9, saya difahamkan hanya satu projek sahaja tidak mengikut jadual iaitu Penjara di Sandakan dan masalah yang kita hadapi di sana ialah masalah kontraktor.
  • Ini kita tak benarkan dalam konteks peruntukkan terhad dalam RMK10.
  • Sasaran kita mestilah jelas.
  • Kita kena pastikan ianya disiapkan secepat mungkin.
  • Kontraktor yang tidak mempunyai rekod yang  baik, saya akan bincang dengan pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian supaya jangan beri mereka ruang lagi untuk menjejaskan perancangan kita menjadi tergendala.
  • Sekali lagi pendekatan kita dalam pembangunan dan hala tuju RMK10 KDN ialah memastikan bahawa usaha ini merentasi pihak-pihak berkenaan.
  • Ini tidak boleh letak di atas bahu KDN, Kerajaan Negeri, Kontraktor sahaja. Semua mesti bekerja sebagai satu pasukan supaya apa yang kita rancang dapat dilaksanakan.
  • Untuk penjara, rancangan saya dan pihak kementerian ialah member tumpuan kepada empat aspek.
  • Pertamanya ialah untuk melihat kepada keperluan fizikal Jabatan Penjara. Kita kena kaji dan teliti penjara sedia ada. Penjara mana yang perlu kita menaik taraf. Keperluan-keperluan kakitangan kita.
  • Kedua, dari segi keselesaan hidup, kebajikan, perumahan, ini semua menjadi satu keutamaan yang cukup penting dari segi moral dan semangat bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas oleh pihak kakitangan penjara.
  • Ketiga, program-program sistem pemulihan di mana banduan-banduan diberikan latihan dan pemulihan supaya apabila mereka keluar nanti dapat duduk dan diserap dalam masyarakat. Kalau tidak percayalah mereka akan kembali dalam penjara. Itu akan mewujudkan satu masalah lagi pada masa akan datang.
  • Keempat, isu kesesakan dalam penjara. Kita tahu jumlah keseluruhan banduan di Malaysia ini jumlahnya 36 040.
  • Warga asing 10 800.
  • 25 240 merupakan rakyat Malaysia.
  • Dan kes-kes ringan jumlahnya 17 256 seperti kes ragut, mencuri dan sebagainya.
  • Kita cari kaedah banduan warga asing dipulangkan balik ke Negara asal. Itu akan mengurangkan kesesakan.
  • Kita cari bagaimana kes-kes yang ringan seperti ragut, curi dan sebagainya tidak di penjarakan. Kita tengok khidmat masyarakat, khidmat bakti bekerja dalam usaha sama dalam bengkel-bengkel yang disediakan. Saya tengok tadi ada bengkel-bengkel jahitan, bengkel motor besi dan sebagainya, dengan kemahiran yang ada itu kita boleh serapkan di luar sana.
  • Saya bimbang masuk dalam penjara kerana kes ringan, keluar nanti berkawan dengan banduan lain menjadi lebih serius lagi.
  • Jadi dalam hal itu saya tengah melihat hala tuju kita dalam konteks Jabatan Penjara ini secara holistic dan saya yakin bahawa kita dapat laksanakannya dari segi kepimpinan Jabatan Penjara dan semangat kakitangan yang saya cukup bangga dan agak puas hati.
  • Saya berani umumkan hari ini apa yang saya lihat kebelakangan ini dan apa yang mampu kita lakukan.
  • Untuk RMK10 mungkin kita tak perlu bina penjara-penjara baru kalau usaha kita nak mengurangkan kesesakan itu berjaya.
  • Program pemulihan, program pemasyarakatan dapat dijayakan.
  • Sebuah penjara perubatan di mana kita nak asingkan banduan-banduan yang ada penyakit kronik macam HIV, diasingkan dalam blok-blok tertentu.
  • Bagi saya untuk negeri-negeri mudah, siapa yang boleh deliver, siapa yang boleh kerjasama rapat, boleh buktikan apa yang kita rancangkan ini dapat dipercepatkan, saya tidak ada kepentingan lain, kita akan pastikan mereka dapat diberikan penghormatan sebenarnya untuk melaksanakan projek-projek kerajaan khususnya projek-projek di bawah Kementerian Dalam Negeri.
  • Empat perkara tadi kesesakan, pemulihan, program kemasyarakatan, dan pembangunan, saya rasa itu dah cukup untuk kita fikirkan di bawah RMK10.

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami