Ronda Berjalan Kaki Polis Brickfiled
Editor iKDN | 21 Februari 10 10:08am

Pelbagai pendekatan diambil oleh pasukan polis dengan hasrat kadar jenayah jalanan di negara ini dapat dikurangkan. Bagi Balai Polis Brickfield pula ronda berjalan kaki adalah kaedah yan dilihat berkesan. Ketua Polis Daerah Brickfield ACP Wan Abdul Bari b. Wan Abdul Khalid berkata dengan meronda berjalan kaki, orang ramai boleh memajukan apa jua rungutan kepada mana-mana anggota polis yang ditemui oleh mereka.

"Pegawai Kanan tidak terkecuali dalam meronda dengan mengikut Pasukan BIT (Ronda berjalan kaki), menemuramah pejalan kaki untuk mendapatkan butiran peribadi, respond dan apa-apa rungutan dari orang awam. Di Bangsar selang lima hingga sepuluh buah rumah dipasang sistem penggera keselamatan"katanya.

Taklimat ringkas itu diadakan bersempena dengan lawatan Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 11 Februari 2010 yang lalu. Selepas taklimat ringkas Timbalan Menteri Dalam Negeri mengadakan walkabout di sekitar kawasan Brickfield bermula di EON Bank dan berakhir di Star Monorail. Sepanjang walkabout beliau bertemu sendiri dengan orang ramai dan pemilik-pemilik kedai di kawasan Brickfield untuk mendengar rungutan, aduan dan beramah mesra dengan orang ramai.

Walkabout ini memberi peluang kepada beliau untuk mendapatkan maklumat dan suasana semasa secara terus dari orang ramai tanpa melalui pihak ketiga.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami