Bengkel "Brain Gym"
Editor iKDN | 21 Februari 10 10:41am

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Dalam Negeri telah bekerjasama menganjurkan bengkel psikologi yang bertajuk "Brain Gym". Bengkel ini dihadiri oleh 100 orang peserta diadakan baru-baru ini. Ceramah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Perdana Menteri, Y.M Raja Kamariah bt. Raja Khalid. Beliau merupakan pegawai Psikologi di JPM.

Penyampaian bengkel diadakan dalam suasana ceria. Pelbagai tips serta input berguna diberikan oleh penceramah. Di samping menerangkan cara-cara otak berfungsi dengan baik, beliau juga memberi informasi mengenai 20 latihan asas bagi menangani masalah mengantuk, panik dan stress semasa memulakan kerja. Tips-tips ini menepati pencarian peserta yang berhadapan dengan masalah yang serupa.

Puan Shukrieyah bt. Zawawi, 38, dari Bahagian Sumber Manusia KDN berkata, "Saya rasa seronok kerana ,mendapat ilmu baru.. ia sangat berguna untuk diri sendiri, keluarga dan juga anak-anak... paling menarik hati saya adalah ketika penceramah menerangkan cara dan waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak iaitu waktu alpha dimana anak-anak separa sedar.. maksudnya ketika baru nak tidur.."

Begitu juga dengan peserta dari KKLW Puan Adi Nawar bt. Abdullah, 40, beliau juga merasakan input-input yang diberikan sangat berguna di samping persembahan yang menarik daripada penceramah yang mengajak kita mempraktikkan 20 latihan tersebut bersama beliau. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah tidak membosankan malah mempunyai unsur-unsur santai dan jenaka yang menarik hati para peserta. Demikianlah beberapa komen daripada peserta bengkel yang berharap bengkel seperti ini diteruskan lagi di masa hadapan.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami