Petikan Penting Sidang Akhbar Timbalan Menteri Dalam Negeri Editor iKDN | 21 Februari 10 8:21pm
PETIKAN PENTING SIDANG AKHBAR
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
DATUK WIRA ABU SEMAN BIN YUSOP
20 FEBRUARI 2010
MAJLIS PELANCARAN ALIRAN VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN SEKOLAH INTEGRITI JABATAN PENJARA MALAYSIA
Hari ini dalam program berkaitan dengan perasmian Aliran Vokasional dan Kemahiran Sekolah Integriti Jabatan Penjara Malaysia. Apa yang ingin saya tekankan ialah tugss penjara terhadap banduan.
Bukan lagi macam dulu di mana banduan-banduan ditahan dalam kurungan sebagai satu kekangan kepada kebebasan mereka.
Tetapi apa yang dapat dilihat hari ini kita menekankan kepada banduan-banduan ini supaya dalam proses pemulihan kita nak mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
Seterusnya membantu dalam membangunkan masyarakat dan Negara.
Matlamat Penjara hari ini dalam proses memberi pemulihan kepada banduan-banduan.
Apa yang dilihat salah satu agenda yang penting untuk mencapai matlamat ini adalah dalam memberi peningkatan dalam modal insan.
Terutamanya di kalangan banduan-banduan juvana dan muda.
Kita telah mewujudkan Sekolah Integriti ini.
Dalam perancangan kita hari ini, kita bahagikan kepada beberapa zon iaitu Zon Utara (Sekolah Integriti Sungai Petani), Zon Tengah (Sekolah Integriti Kajang), Zon Selatan (Sekolah Integriti Kluang), Zon Timur (Sekolah Integriti Marang), Zon Sabah (Sekolah Integriti Kota Kinabalu) dan Zon Sarawak (Sekolah Integriti Kuching).
Selain daripada sekolah-sekolah Integriti yang diwujudkan ini, kita juga ada Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.
Konsep pelaksanaannya kita menyediakan pendidikan formal berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dalam aliran akademik dalam bidang vokasional dan kemahiran.
Jadi untuk juvana dan banduan muda kita bahagikan mengikut kesesuaian kepada latar belakang pendidikan mereka.
Daripada segi pengurusan di bawah Pengurusan Jabatan Penjara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam urusan melatih guru-guru.
Jadi dalam penentuan kelas tidak berdasarkan tahap umur sebaliknya berdasarkan pencapaian akademik.
Tidak macam sekolah biasa. Kita berasaskan kepada kesesuaian latar belakang akademik.
Kalau yang tidak boleh membaca kita ada kelas 3M (menulis, membaca dan mengira).
Apa yang kita lihat tadi ada yang masa mula-mula masuk memang mereka tidak boleh menulis.
Jadi dalam 3 bulan kebanyakan mereka dah boleh membaca.
Di samping itu juga, terdapat kelas Pra PMR iaitu berasaskan kepada latar pendidikan mereka di mana guru akan membuat temuduga mengkaji dari segi pencapaian pendidikan mereka.
Dari Pra PMR kr Pra SPM kemudian ke SPM dan seterusnya.
Dari segi pencapaian mereka, setakat 3 June 2010 seluruh Negara di sekolah-sekolah Integriti ini kita mempunyai 544 yang terlibat dalam pembelajaran di dalam Sekolah Integriti ini.
Dari segi pencapaian, kita lihat bahawa 11 orang pelajar sedang mengikuti pembelajaran di atas talian atau e-learning di peringkat ijazah dan diploma.
4 orang sedang belajar di Kolej Polytec Mara dalam bidang Pengurusan.
Bagi pencapaian dalam PMR tahun 2006, calon sebanyak 31, 30 lulus dan hanya seorang gagal.
Pada tahun 2007, calon 44 orang, lulus 42 orang.
Tahun 2008 pula, calon seramai 34 orang dan jumlah lulus sebanyak 32 orang iaitu 2 orang gagal.
Tahun 2009 calon 35 orang dan lulus seramai 33 orang dan gagal 2 orang sahaja.
Pencapaian SPM pula, tahun 2007, calon 54 orang, lulus 50 orang dan gagal 4 orang.
Tahun 2008, calon seramai 74 orang dan jumlah lulus sebanyak 72 orang iaitu 2 orang gagal.
STPM calon seorang dan seorang juga yang lulus pada tahun 2007.
Pada 2008, calon 11 orang dan lulus hanya 3 orang sahaja.
Kalau kita lihat dari segi pencapaian terdapat ada kejayaan.
Apa yang saya lihat tadi dan dengar sendiri daripada pelajar-pelajar bahawa mereka merasa bangga kerana di tempat inilah mereka dapat member tumpuan dalam pelajaran mereka.
Walhal semasa mereka di luar pencapaian mereka sangat teruk.
Jadi apa yang kita laksanakan ini kita nampak hasilnya.
Ibubapa hari ini dengan anak-anak mereka yang ditempatkan di penjara ini bahawa bukan sahaja mereka dilatih untuk berdisiplin tetapi diterapkan dengan pendidikan untuk masa depan mereka.
Jadi dengan adanya kejayaan-kejayaan mereka perolehi, saya percaya mereka akan menjadi masyarakat yang berguna dan bermakna kepada negara.
Saya mengharapkan kepada ibubapa janganlah menyesal.
Sesungguhnya apa yang mereka dapat dari Penjara inilah dapat membimbing mereka kembali ke pangkuan mayarakat.
Jadi persepsi lama harus dikikis, Penjara bukanlah suatu tempat untuk kita mengurung orang.
Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.
Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.
Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my
Terima kasih
Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Tahukah Anda Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.