Penjara Tercanggih di Malaysia
Editor iKDN | 22 Februari 10 3:06am

Penjara Sungai Udang yang dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri (MDN) pada 18 Februari 2010 akan menjadi penjara tercanggih di Malaysia. Sijil menduduki bangunan telah diserahkan kepada Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar oleh MDN.

Ia dibina berkonsepkan tiga segi untuk penyelenggaraan maksimum ke atas penghuninya (Banduan). Reka bentuknya berkonsep terbuka dengan menara kawalan dan sistem canggih bagi mengawal selia keadaan penjara.

Penjara Sungai Udang dibina untuk menggantikan Penjara Bandar Hilir yang telah di bina pada tahun 1960-an. Dengan beroperasinya Penjara Sungai Udang ini, Penjara Bandar Hilir yang kini berusia 50 tahun akan diubah suai dan dijadikan muzium penjara Malaysia bagi memelihara sejarahnya.

Penjara Sungai Udang boleh menempatkan 3000 banduan pada satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, bengkel pertukangan, kuaters pegawai penjara, masjid, taman permainan dan pasar basah. 800 pegawai penjara dijangka akan bertugas di sini.

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengiringi tetamu kehormat di majlis ini iaitu Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam melawat beberapa tempat di dalam penjara baru ini. Turut hadir ialah Datuk Wira Abu seman b. Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sebelum itu mereka mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Wakil JKR Tuan Hj. Jalil bin Abd Wahab.

--team berita ikdn

 

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami