Warga KDN Perlu Lebih Fokus - Tuan Jelaing
Editor iKDN | 26 Februari 10 2:41am
Warga KDN harus semakin fokus setelah mencapai kecemerlangan pada tahun 2009. Tuan Jelaing Anak Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyimpul demikian di Majlis Perhimpunan Bulan Februari KDN yang berlangsung pada 25 Februari yang lalu.
"Untuk tahun 2010, KDN masih mempunyai beberpa misi penting yang perlu ditunaikan iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Minister key Performance indicator (MKPI), Projek Sakit, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pemantapan Sektor Perancangan, Penyelidikan Dan Pemantauan dan Perancangan Strategik Tujuh (7) Tahun Kementerian," katanya.

Timbalan Dalam Negeri, Tuan Jelain Anak Mersat ketika
Majlis Perhimpunan Bulan Februari KDN
Beliau menyatakan hasil kerja bersungguh-sunguh warga KDN rakyat mula sedar akan kesungguhan kita memerangi jenayah. Buktinya pada bulan September 2009 selepas pelancaran big wins mengurangkan jenayah, daripada 3101 kes jenayah jalanan pada bulan Ogos 2009 dapat dikurangkan kepada 2693 pada bulan September 2009."
Selain itu, bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan, Kementerian Dalam Negeri telah berjaya membangunkan sistem teknologi maklumat bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan. Diantara projek-projek ICT yang telah dilaksanakan dan disiapkan pada tahun 2009 adalah:-
- Human Resource Management Information System (HRMIS)
- Sistem pertanyaan secara online bagi proses temuduga untuk permohonan kewarganegaraan
- Portal iKDN
- Sistem Pendaftaran Keahlian RELA.
"Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai sepanjang 2009 sangat membanggakan. Penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga KDN diatas kejayaan yang telah dicapai. Apa yang penting bagaimana kita hendak mengekalkan pencapaian yang telah dirangkul sebelum ini untuk kegemilangan pada masa akan datang. Dalam hal ini, koordinasi dan kerjasama antara Bahagian dan Jabatan didalam KDN sangat penting untuk memastikan urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri berjalan dengan lancer dan berkesan", katanya.
--team berita ikdn |