Pameran AntiDadah Anjuran AADK WPKL
Editor iKDN | 26 Februari 10 10:36am
Selaras dengan visi 'Masyarakat Malaysia Bebas Dadah', Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Pameran Antidadah bertempat di Taman Tasik Titiwangsa pada 17 Januari 2010 sebagai usaha untuk menyebar maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bahaya dadah. Menariknya, program kali ini turut memperkenalkan Bas Pameran Bergerak AADK.
Pameran yang bermula dari jam 2 petang hingga 7 malam itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong dari luar negara. Selain itu, keahlian Rakan Antidadah (RADA) turut dibuka kepada pengunjung yang berumur 15 tahun ke atas.
Kempen sebegini akan menjadi landasan kepada AADK dalam mencapai matlamatnya memastikan sekolah, keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah menjelang tahun 2015.
--team berita ikdn/aadk
|