Berita Istana
Editor iKDN | 28 Februari 10 4:11am

Pada Diskusi Media-KDN Bil 02/2010 baru-baru ini En. Zulkilfi b. Hamzah wakil dari Utusan Malaysia telah membangkitkan soalan berkaitan had dan batas media dalam melapor dan menulis berita atau isu yang berkaitan istana. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Ahmad Fuad b. Abd Aziz yang mempengerusikan diskusi itu memberi maklum bahawa setakat ini tiada halangan atau sekatan untuk menulis berita berkaitan istana.

"Yang penting tiada elemen penghinaan kepada institusi beraja dan perlu berpegang kepada dua perkara. Tidak memberi mudarat kepada keselamatan awam dan tidak menggemparkan. Konteks menggemparkan ialah berupaya menimbulkan huru hara dan kacau bilau kepada keseluruhan rakyat jelata," katanya.

Beliau menambah laporan itu juga mestilah tidak menyentuh soal-soal perlembagaan.

"Saya faham pertanyaan ini berkait dengan kisah dari istana Kelantan. Apa yang berlaku tidak berkait dengan perlembagaan. Ia adalah soal dalaman. Tetapi jika laporan itu menyentuh imej institusi atau merendah-rendahkan institusi raja maka ia adalah dilarang. Setakat hari ini (25 Februari) Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran mendapati laporan yang dibuat tidak melanggar etika dan peraturan," katanya.

--team berita ikdn

Hebahan Untuk Media
Kenyataan Media Menteri

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami