GLC Sumbang Polis Bantuan
Editor iKDN | 6 Mac 10 1:14am
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) tidak mahu ketinggalan menjayakan inisiatif mengurangkan kadar jenayah jalanan. Ini terbukti apabila seramai 415 polis bantuan akan menyertai pemantaun dan rondaan awam bersama PDRM. Dato; Seri Hishammuddin yang menemui media selepas masjlis Penyerahan Balai Polis Bergerak di Klang pada 4 Mac yang lalu berkata ini adalah salah satu langkah PDRM melibatkan penyertaan banyak pihak.

"Langkah meng'awam'kan (civilianisation) ini sebenarnya juga melibatkan tugas-tugas lain seperti tugas-tugas pengkeraniaan yang dilaksanakan anggota polis ketika ini," katanya.
Sejak kerajaan mengumumkan usaha memerangi jenayah jalanan pada pertengahan tahun lalu (2009) pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KDN. Penglibatan polis bantuan milik GLC adalah salah satu darinya. Begitu juga tugas pengawal keselamatan yang sebelum ini menggunakan khidmat warga asing kini diambil alih oleh ahli RELA dan JPAM.
--team berita ikdn |