Mengapa Saya Pilih Klang - MDN
Editor iKDN | 6 Mac 10 1:24am
"Pada hari ini (4hb Mac 2010), saya berkesempatan 'turun padang' meluangkan masa meninjau usaha menambah bilangan balai polis bergerak dan motosikal di kawasan panas ini. Pada masa yang sama, saya juga berpeluang meninjau usaha menambah kehadiran polis di kawasan Klang ini. Saya memilih lokasi ini kerana Klang tersenarai di antara 50 kawasan panas yang telah dikenalpasti di seluruh negara. Justeru, adalah penting bagi saya mengadakan pemeriksaan di lokasi seperti ini yang dilihat oleh orang ramai sebagai berisiko berlaku kejadian jenayah.
Dalam konteks ini, saya ingin member jaminan bahawa pihak KDN serta PDRM akan berusaha menangani isu ini dengan bersungguh-sungguh demi menjamin kesejahteraan rakyat sejajar gagasan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Malah, kita telah menterjemahkan kesungguhan tersebut dengan penurunan jenayah indeks sebanyak 3.7 peratus pada suku keempat 2009 berbanding suku kedua 2009, serta penurunan jenayah jalanan sebanyak 7.6 peratus dalam tempoh masa yang sama".
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir di Majlis Penyerahan Balai Polis Bergerak kepada Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail b. Omar. Sejumlah 112 balai polis bergerak akan ditempatkan di 50 hotspot di seluruh negara. Pengagihan balai polis bergerak ini dibuat secara berperingkat.
--team berita ikdn |