Kempen Galakan Daftar Pemilih SPR
Editor iKDN | 11 Mac 10 12:49pm

Selama lima hari bermula 15 Mac sehingga 19 Mac, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan berada di Kompleks D bagi urusan pendaftaran pemilih. Penghuni Kompleks D yang belum berdaftar sebagai pemilih digalakkan menggunakan peluang ini untuk mendaftar nama masing-masing.

Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang setap hari bertempat di Dewan Gemilang, KDN. Bakal pemilih dikehendaki membawa bersama kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri mereka untuk memudahkan urusan pendaftaran. SPR akan mengagihkan cenderamata kepada pendaftar bertuah.

--team berita ikdn

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami