Jalinan Semakin Erat
Editor iKDN | 11 Mac 10 1:36pm

Jalinan kerja semakin erat antara KDN dan IOM (International Organisation for Migration). Kunjungan hormat oleh Ambassador William Lacy Swing ke atas Ketua Setiausaha KDN pada 8 Mac lalu menjadi bukti betapa hubungan yang baru berusia 3 bulan ini semakin erat dalam persefahaman membanteras dan menangani masalah pemerdagangan orang.

Ini merupakan pertemuan pertama antara keduanya yang sebelum ini dilaksanakan diperingkat pegawai kedua belah pihak. IOM telah menganjurkan dua bengkel berkait pemerdagangan orang dan dijangka menyusul dengan beberapa program lain dalam masa terdekat ini.

--team berita ikdn

Selamat Datang Kepada Pengunjung Kami, iKDN ialah sebuah portal berita. Ia akan dilengkapi dengan elemen audio dan visual (webtv). iKDN berfungsi sebagai pelengkap sumber maklumat untuk rakyat Malaysia khususnya yang berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Di sini para pengunjung boleh mendapat info-info terkini mengenai KDN.

Media dibenarkan untuk memetik sebarang maklumat di dalam portal ini sebagai bahan siaran di media masing-masing dengan syarat dimaklumkan sumber berita itu dipetik dari www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my

Terima kasih

Editorial iKDN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri

Tahukah Anda
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.
Jumlah Pengunjung:

© 2009, Portal Berita KDN, Kementerian Dalam Negeri, Hakcipta Terpelihara

Kami mengalu-alukan input anda untuk dimuatkan didalam portal berita ini.
Sila Hubungi Kami